Tuesday, 10 February 2015

KEAJAIBAN SEJENIS TUMBUHAN CIPTAAN TUHAN

Tomato merupakan salah satu ciptaan tuhan untuk hidupan yang terdapat di muka bumi ini. Terutamanya kita sebagai manusia. Ciptaan yang terhebat dikalangan ciptaan Nya. Tomato adalah merupakan salah satu bahan makanan yang diambil olh manusia diseluruh pelusuk bumi. Tidak kira bangsa, agama, warna kulita, mahupun bahasa. Semua orang mengambil tmbuhna ini sebagai salaha satu sajian didalam makanan mereka.

Tetapi apakah khasiat disebalik tomato ini ?Antara yang saya boleh tampilkan kepada anda pada siaran kali ini adalah khasiat dan jenis kandungan yang terdapat didalam sebiji sayuran buah yang comel dan bulat ini.



Berikut adalah di antara zat kandungan yang terdapat didalam sebiji sayuran buah yang mempunyai warna yang terang dan menarik ini.

  • Protein
  • Lemak
  • Karbohidrat
  • Kalsium
  • Fosforus
  • Besi
  • Beta Karoten
  • Vitamin B1
  • Vitamin B2
  • Vitamin C
  • Niacin
  • Fiber 
  • Air
Begitu banyak sekali zat yang terdapat didalam sebiji tomato ini. Dan saya sendiri pada mulanya tidak mengetahui begitu banyaknya zat yang terdapat didalam sebiji tomato. Dan untuk pengetahuan anda, sebab mengapa sebiji tomato itu mempunyai warna yang begitu terang dan menarik?

Ini adalah kerana disebabkan sejenis Likopena iaitu karotenoid yang merupakan sejenis sebatian semulajadi yang memberikan warna pada buah tomato tersebut. Malah di antara khasiat tomato ini adalah merupakan anti oksidan yang amat bagus untuk tubuh badan kita yang memerlukan anti oksidan.



 Selain mempunyai kebaikan anti oksidan, khasiat tomato antara lainnya adalah dapat mengurangkan risiko beberapa jenis kander dan penyakit jantung. Ini adalah amata berbaloi-baloi bagi orang yang inginmenjaga kesihatan.Kerana dengan kos tomato yang amat murah berbanding dengan hendak membeli pil yang lebih mahal yang berada di pasaran, sudah pasti tomato akan menjadi pilihan yang terbaik.



Dengan corak pemakanan yang teratur dan konsisten, sudah pasti anda akan dapat merasai kesannya.Antara lain khasiat tomato selain dari anti oksidan, kanser dan penyakit jantung adalah :

  • Menghalang dari berlakunya keradangan
  • Bertindak sebagai bahan anti bakteria, anti kanser dan juga anti virus yang sudah tentu akan memberi kesan yang teruk kepada tubuh badan kita jika tidak dibendung dengan lebih awal.
  • Melancarkan peredaran darah dan juga menghalang keradangan dan pembengkakan.
  • Merawat batu karang
  • Mengurangkan kerosakan kulit

  • Membantu pengelihatan mata
  • Membantu masalah tidur


  • Dan antara yang lain adalah mengawal berat badan anda. (saya pasti anda pun tidak mempercayainya, bukan!!!!)
 
Cuit-cuit
Menurut kajian yang dijalankan, menunjukkan bahawa tomato merupakan salah satu makanan asli yang bagus untuk hati dan darah.

No comments:

Post a Comment