Tomato terdiri dari dua jenis utama iaitu tomato HEIRLOOM atau lebih dikenali sebagai tomato tradisional. Jenis yang kedua adalah tomaot HYBRID yang biasanya lebih tahan lasak dan lebih sedap berbanding dengan tomato HEIRLOOM.
TOMATO HEIRLOOM
Tomato HEIRLOOM atau lebih dikenali sebagai tomato tradisional di United Kingdom adalah (bukan dari jenis hybrid) kultivar yang didebungakan secara terbuka. Sejak kebelakangan ini pelbagai usaha yang dilakukan oleh pelbagai pihak bagi mengekalkan generasi atau keturunan tomato HEIRLOOM ini. Menurut pakar yang bernama Craig Le Houllier dan Carolyn Male, telah mengklasifikasikan tomato HEIRLOOM ini kepada empat kategori, iaitu :-
- HEIRLOOM KELUARGA
- HEIRLOOM BAKA
- HEIRLOOM MISTERI
- HEIRLOOM KOMERSIAL
Pelbagai usaha telah dilakukan bagi mempertahankan kelangsungan tomato dari jenis ini. Menyelamatkan dari kepupusan adalah salah satu dari sebab mengapa pelbagai usaha sedang dan telah dilakukan oleh mereka yang terlibat dalam bidang ini.
Tomato tradisional ini mempunyai kekurangan dari segi perkembangan genetik sekaligus memberikan warna merah yang sekata seperti apa yang kita lihat hari ini di pasar. Malah akibat dari kecelaruan genetik ini, tomato mempunyai paras gula yang lebih rendah,
Kultivar tomato tradisional ini boleh didapati dari pelbagai saiz, rupa, dan bentuk.Sesetngah kultivar atau jenis tomato dari keluarga ini boleh terdedah kepada kurangnya daya ketahanan dan pelbagai penyakit.Dengan kebanyakan ladang, kultivar boleh di tanam dan dijaga serta berkembang maju di sepanjang musim asalkan kawasan penanaman, pemilihan biji benih dan penyimpanan biji tomato dilakukan dengan penuh teliti dan teratur serta terancang. Antara tomato yang terkenal dalam keluarga ini adalah :-
- San Marzano
- Brandywine
- Green Grape
- Cherokee Purple
- Green Zebra
- Gardeners Delight
- Lollypop
- Mortgage Lifter
- Black Krim
- Amish paste
- Aunt Ruby's German Green
- Big Rainbow
- Chocolate Cherry
- Redcurrant
Berikut saya akan paparkan kepada anda beberapa jenis tomato dari jenis HEIRLOOM yang terdapat dalam pelbagai saiz, rupa, dan warna untuk tatapan anda di rumah sebagai perkongsian ilmu.
TOMATO SAND MARZANO
TOMATO BRANDYWINE
TOMATO GREEN GRAPE
TOMATO CHEROKEE PURPLE
GREEN ZEBRA
TOMATO GARDENERS DELIGHT
TOMATO LOLLYPOP
TOMATO MORTGAGE LIFTER
TOMATO BLACK CREAM
TOMATO AMISH PASTE
TOMATO AUNTS RUBY GERMAN GREEN
TOMATO BIG RAINBOW
TOMATO CHOCOLATE CHERRY
TOMATO REDCURRENT
Dalam bahagian yang seterusnya saya akan menampilkan lebih banyak jenis-jenis tomato yang terdapat di dunia ini dalam kategori HEIRLOOM.
TAHUKAH ANDA?
Terdapat sebuah perkampungan yang bernama kampung Brunol, Sepanyol telah berlaku sebuah peperangan yang berasaskan TOMATO. Peperangan ini digelar "TOMATINA" dan disambut dengan meriah hampir saban tahun. Pesta TOMATINA ini dihadiri ribuan orang dari dalam dan luar negara. Dan ini turut menyumbang kepada ekonomi penduduk tempatan.
No comments:
Post a Comment