TANAMAN TOMATO
PENGENALAN
Nama saintifik : Lycopersicon cycopersicum (L)
Keluarga : Sonanaceae
Keluarga : Sonanaceae
Buah tomato segar banyak digunakan dalam masakan samada dalam bentuk mentah ataupun dimasak.
Buah-buah tomato juga diproses untuk pengetinan, dibuat jus, puri dan sos.
Diantara zat makanan yang banyak terdapat pada tomato ialah kalsium, karbohidrat
dan protin. Lain-lain komposisi zat makanan yang terdapat padanya ialah lemak,
serat, zat besi, fosforus, karotena beta, vitamin B1, vitamin B2, niacin dan vitamin C.
Pokok tomato dibahagikan kepada dua kumpulan besar, iaitu yang tumbuh menegak dan yang tumbuh
menjalar. Ciri-ciri pokok adalah seperti berikut:-
- akar - akar tunjang kuat dan banyak akar-akar serabut
- Batang - warna hijau, bercabang dan berbuku
- Daun - berbulu dan terdapat banyak perbezaan bentuk
- Bunga - berwarna kuning dan berukuran lebih kurang 1 cm
- Buah - banyak perbezan warna, saiz bentuk dan rasa
- Benih - berwarna kuning perang dan beratnya 2.5 gram/100 biji
- cara pendebungaan - swaseniri
KEPERLUAN ASAS
Iklim
Sesuai ditanam di tanah tinggi (lebih 1000 m). Terdapat juga kultivar-kultivar tomato yang boleh ditanam di tanah rendah. Suhu yang sesuai untuk tanaman tomato ialah 18o-32oC, jumlah hujan 460 mm semusim adalah perlu untuk pertumbuhan yang baik.
Sesuai ditanam di tanah tinggi (lebih 1000 m). Terdapat juga kultivar-kultivar tomato yang boleh ditanam di tanah rendah. Suhu yang sesuai untuk tanaman tomato ialah 18o-32oC, jumlah hujan 460 mm semusim adalah perlu untuk pertumbuhan yang baik.
Persediaan Tanah
Sesuai ditanam di
pelbagai jenis tanah termasuk tanah pasir (BRIS dan bekas lombong) dan tanah
gambut. Tanah mestilah mempunyai sistem saliran yang sempurna dan pengudaraan
yang baik.
KULTIVAR YANG DISYORKAN
Kultivar yang
disyorkan di tanah tinggi ialah L 24 iaitu tomato baka tempatan Cameron
Highlands. Untuk tanaman di tanah rendah lima kultivar disyorkan iatu MT 1, MT
11, L 24, Serdang 2 dan King Kong (F1). Ciri-ciri kultivar yang disyorkan
adalah seperti berikut:-
Kultivar tomato yang disyorkan
Sifat Pokok | Kultivar | ||||
L 24 | MT 1 | MT 11 | Serdang 2 | King Kong (F1) | |
Tabiat pokok | Tegak, rimbun dan berterusan |
Tegak, rimbun sederhana besar, separa berterusan |
Rimbun, separa berterusan |
Tegak, rimbun separa berterusan |
Tegak, separa berterusan |
Berat | Besar (lebih 60 g/biji) |
Kecil (25-30 g/biji) |
Sederhana 40-80 g/biji) |
Sederhana | Besar (100-150 g/biji) |
Warna | Merah | Merah cerah | Merah | Merah | Merah |
Kegunaan | Segar | Segar/proses | Segar | Segar | Segar |
Hasil | 18-30 tan/ha | 15-25 tan/ha | 15-28 tan/ha | 20-25 tan/ha | 25-30 tan/ha |
AMALAN KULTUR
Penyediaan Anak Benih
Gunakan biji benih
yang bermutu tinggi. Jumlah biji benih digunakan adalah 300 g/ha. Biji benih
dirawat dengan menggunakan racun kulat seperti thiram dengan kadar 3 g/1000 g
biji benih. Biji benih disemai sekurang-kurangnya 6 minggu sebelum menanam dan
sediakan 10% lebihan benih untuk aktiviti sulaman, jika perlu. Anak benih
ditanam di bawah jaring kalis serangga.
Terdapat tiga cara
semaian yang disyorkan iaitu:-
- Semaian batas
- Semaian polibeg
- Semaian kotak
Semaian Batas
Campuran tanah 7:3:2 (tanah:bahan organik:pasir) digunakan bagi batas semaian berukuran 1000 cm
lebar, 15 cm tinggi dan mengikut panjang yang dikehendaki. Semai biji benih
sedalam 0.5 cm dalam jalur berjarak 5 cm. Kemudian tabur tanah kering yang
halus sepanjang jalur untuk menutup biji benih. Siram batas selepas itu dan
dirikan teduhan yang dibuat dari plastik lutsinar. Jarangkan anak benih (5 cm
antara pokok) 10-14 hari selepas menyemai.
CONTOH GAMBARAJAH RUMAH SEMAIN BAGI TANAMAN TOMATO DAN JUGA BATAS UNTUK TOMATO
Semaian Polibeg
Isi polibeg berukuran 12 cm panjang, 20 cm lebar dan 0.1 mm tebal dengan tanah campuran
7:3:2. Tanam 2-3 biji benih sedalam 0.5 cm. Hanya tinggalkan satu pokok
apabila mempunyai 2-3 helai daun. Letakkan polibeg di bawah teduhan yang
didirikan daripada plastik lutsinar dan jaring kalis serangga.
Semaian Kotak
Kotak dibuat daripada kayu atau plastik berukuran 60 cm lebar x 60 cm panjang diisi dengan
media semaian. Kotak semaian yang digunakan perlu mempunyai lubang di bahagian
bawahnya supaya air tidak bertakung. Biji benih disemai pada jarak 5 cm x 5 cm
dan ditimbus dengan tanah. Semaian yang terlalu rapat perlu dijarangkan untuk
mengurangkan persaingan antara anak benih dan menggalakkan pertumbuhan yang
sempurna.
Kotak-kotak semaian diatur di atas meja panjang yang didirikan di dalam bangsal semaian.
Bangsal semaian boleh ditutup dengan kepingan plastik sebagai atap untuk
melindungi benih dari hujan lebat. Dinding bangsal semaian boleh ditutup dengan
jaring untuk menghindar kemasukan serangga. Pengairan boleh dilakukan dengan
menyiram atau menggunakan sistem pengairan renjis.
PENYEDIAAN KAWASAN
Merangkumi kerja-kerja pembersihan tanah pembajakan dan pembinaan batas. Tanah dibajak dan
digembur sedalam 15-22 cm. Batas dibentuk selebar 1.2 m dan tinggi 20-30 cm.
Pengapuran perlu dilakukan sebelum penanaman dibuat sekiranya pH tanah kurang daripada 5.
Pengapuran dilakukan semasa kerja-kerja pembajakan tanah dijalankan dan
sebaik-baiknya dibuat 1-2 bulan sebelum anak benih ditanam.
Bahan kapur yang selalu digunakan ialah Ground Magnesium Limestone (GML); biasanya tanah-tanah mineral, gambur dan tanah pasir (BRIS dan bekas lombong) masing-masing memerlukan pengapuran sebanyak 3-5, 3-7.5 dan 1-3 t/ha.
Bahan kapur yang selalu digunakan ialah Ground Magnesium Limestone (GML); biasanya tanah-tanah mineral, gambur dan tanah pasir (BRIS dan bekas lombong) masing-masing memerlukan pengapuran sebanyak 3-5, 3-7.5 dan 1-3 t/ha.
PENANAMAN DI LADANG
Anak benih diubah ke ladang ketika berumur 5-6 minggu.Sebelum mengubah, anak benih perlu melalui
proses pengerasan dengan cara mendedahkan kepada cahaya matahari
beransur-ansur. Bagi anak benih yang ditanam secara semaian batas, batas
perlulah disiram terlebih dahulu supaya memudahkan anak-anak benih dicabut.
Ini akan mengurangkan kerosakan pada sistem akarnya. Ubahlah anak benih semasa cuaca redup atau pada waktu petang diikuti dengan siraman air. Hanya anak benih yang subur dipilih.Jarak tanaman disyorkan ialah 60 cm x 60 cm. Penggunaan sungkupan plastik (silver shine) digalakkan untuk mengawal rumpai dan mengurangkan serangan kutu daun.Satu minggu selepas menanam, anak benih yang mati ataupun kurang sihat perlu disulam.
Ini akan mengurangkan kerosakan pada sistem akarnya. Ubahlah anak benih semasa cuaca redup atau pada waktu petang diikuti dengan siraman air. Hanya anak benih yang subur dipilih.Jarak tanaman disyorkan ialah 60 cm x 60 cm. Penggunaan sungkupan plastik (silver shine) digalakkan untuk mengawal rumpai dan mengurangkan serangan kutu daun.Satu minggu selepas menanam, anak benih yang mati ataupun kurang sihat perlu disulam.
PENYEDIAAN SOKONGAN
Sebulan selepas mengubah, sokong anak pokok dengan pancang kayu atau buluh. Penyokong ini boleh
dibuat dengan menggunakan dua batang kayu yang dipacak pada hujung setiap
batas. Rentang dawai pada kedua-dua hujung sebelah atas kayu dan ikatkan
tiap-tiap pokok tomato di batas tersebut kepada dawai. Biasanya tinggi
penyokong ialah 50-70 cm
PEMBAJAAN
Kadar pembajaan berbeza mengikut jenis tanah. Tanah pasir yang kurang subur atau sederhana
sesuai untuk tanaman ini memerlukan kadar baja yang lebih tinggi berbanding
dengan tanah mineral.
Kadar Pembajaan Mengikut Jenis Tanah
Jenis Tanah | Baja | |||
Jenis |
Kadar (tan/ha/musim |
Masa (MLT) (minggu lepas tanam) |
Cara | |
BRIS 1. Rudua |
Tahi ayam NPK 12:12:17:2 |
10
2 |
-1*
2, 4 & 8 |
Gaul dalam tanah keliling pokok |
BRIS 2. Baging |
Tahi ayam NPK 12:12:17:2 |
25
3 |
-1*
2, 4 & 8 |
Gaul dalam tanah keliling pokok |
Bekas lombong (Pasir) |
Tahi ayam NPK 12:12:17:2 |
25
2 |
-1*
2, 4 & 8 |
Gaul dalam tanah keliling pokok |
Gambut | NPK 12:12:17:2 |
2
|
2, 4 & 8
|
Keliling pokok |
Mineral | Tahi ayam NPK 12:12:17:2 |
25
2 |
-1*
2, 4 & 8 |
Gaul dalam tanah keliling pokok |
* 1 minggu sebelum tanam
PEMANGKASAN
Pangkasan
disyorkan untuk kultivar tomato yang bertabiat rimbun. Tunas-tunas sisi dan
daun-daun berlebihan perlu dibuang untuk menggalakkan pengudaraan yang baik.
PENGURUSAN AIR
Siram atau
menggunakan sistem pengairan renjis. Sstem pengairan renjis mempunyai
kecekapan pengairan 65-75% dan keperluan tenaga kerja yang rendah. Kos bahan
bagi sistem ini adalah diantara RM5000-8000 sehektar. Jenis perenjis yang
sesuai digunakan mempunyai julat tekanan operasi yang rendah 1.5-2.5 kg/cm2
dengan kadar alir perenjis 0.3-1.0 liter / saat dan garis pusat siraman
liputan 25-30 m.
Perparitan
diperlukan bagi kawasan yang menghadapi masalah saliran. Parit ladang dibina
untuk menyalirkan air berlebihan ke parit utama.
Kawalan Serangga:
- Ulat pengorek buah (chloridea obsoleta F)
Menyerang buah, daun, tunas dan bunga ketika pokok di peringkat berbunga dan buah. Buah akan berlubang dan busuk, pucuk muda dan bunga dimakan ulat. Sembur keseluruhan pokok dengan Bacillus thuringiensis, permethrin atau acephate selang 14 hari sekali jika perlu. Kutip buah yang diserang dan musnahkan.
- Hama Merah (thtranychus truncatus)
Menyerang daun dan bunga. Daun yang diserang berkerekot dan terdapat tompok-tompok kuning. Pertumbuhan pokok terbantut dan bunga tidak terbentuk. Jika perlu, sembur dengan racun serangga seperti dicofol atau propagite.
- Hawar Phytophthora
Kulat Phytophthora infestans menyerang daun dan buah. Merebak melalui tanah dan air. Daun bertompok-tompok perang kehitaman dan berair selalunya di hujung dan di tepi daun tua. Kemudian terdapat tompok-tompok putih di belakang daun, akhirnya pokok akan mati. Pada buah muda yang masih hijau, terdapat bintik lecuh berwarna kelabu yang membesar kepada saiz dan bentuk yang tidak menentu. Lama kelamaan bahagian diserang menjadi kering, berkedut dan mempunyai sempadan yang nyata.
Kawalan: Sembur racun kulat seperti maneb, mancozeb, captafol atau cuprous oxide. Bakar bahagian yang berpenyakit. Pastikan kawasan tanaman bersaliran baik dan jaga kebersihan kawasan tanaman.
- Antraknos buah
Disebabkan oleh kulat Colletotrichum sp. menyerang buah. Merebak melalui biji benih dan angin. Jangkitan awal kelihatan lekuk yang kemudian membesar menjadi tompok-tompok perang kehitaman. Serangan menyebabkan buah reput. Selalu gunakan biji benih yang sihat, bajak reput relai ke dalam tanah semasa penyediaan tanah. Jika terdapat serangan, musnahkan buah-buah yang berpenyakit, sembur buah dengan racun kulat seperti mancozeb jika perlu.
- Hawa Aleternaria
Merebak melalui angin. Kulat Alternaria solani menyerang batang, daun dan buah. Terdapat bintik-bintik perang pada batang dan daun tua. Bintik-bintik kemudiannya membesar menjadi tompok yang berpusat hitam. Tisu daun di keliling tompok selalunya bertukar menjadi kuning. Buah yang diserang mempunyai bintik lekuk dan dipenuhi dengan spora-spora hitam. Serangan selalunya bermula di bahagian hujung tangkai buah. Sembur dengan racun kulat seperti copper oxychloride, mancozeb atau chlorothalonil jika perlu. Bakar bahagian yang berpenyakit.
- Reput Pangkal
Merebak melalui tanah. Kulat Sclerotium rolfsii / Rhizoctonia sp. menyerang pangkal pokok. Daun-daun kelihatan layu. Terdapat maisilia putih pada pangkal pokok. Akhirnya pangkal dan akar menjadi hitam dan reput. Pastikan kawasan tanaman bersaliran baik dan musnahkan pokok yang diserang.
- Layu Fusarium
Kulat Fusarium sp. menyerang akar. Tersebar melalui tanah dan air. Daun-daun menjadi kuning, kemudian kering bermula dari bahagian bawah pokok. Pokok menjadi bantut dan layu. Pastikan kawasan tanaman bersaliran baik. Sembur dengan racun kulat seperti benomyl atau carbendazim jika perlu dan cabur / bakar pokok yang berpenyakit.
- Layu Bakteria
Pseudormonas solanacearum menyerang batang dan akar. Merebak melalui air, tanah dan sentuhan akar. Daun kelihatan layu dan menjadi kuning. Empulur berwarna perang kehitaman dan berair. Jika akar atau batang dipotong dan direndam dalam air, ia mengeluarkan cecair jaluran putih. Gilirkan tanaman yang berlainan dari keluarga Solanaceae. Tentukan saliran air baik di kawasan kebun. Cabut dan bakar pokok yang berpenyakit.
- Virus Mozek
Kutu daun sebagai pembawa penyakit. Virus berkenaan menyerang seluruh pokok. Daun berbintik-bintik serta berkerekot. Serangan yang teruk menyebabkan pokok menjadi bantut, buah menjadi kecil dan berubah rupa. Jaga kebersihan kawasan tanaman. Kawal kutu daun dengan menyembur racun serangga seperti malathion dan musnahkan pokok yang berpenyakit.
- Reput Hujung Buah
Kekurangan zat kalsium. Terdapat tompok kecil berwarna perang atau kehitaman dan berkeadaan basah di bahagian hujung buah. Tompok kemudiannya membesar menjadi lekuk dan berwarna hitam. Pastikan pembajaan dan pengapuran membekalkan kalsium yang mencukupi.
KAWALAN RUMPAI
Cabut rumpai
yang tumbuh di atas batas. Bagi rumpai yang dijumpai diantara batas boleh
dikawal dengan menggunakan racun rumpai sebelum peringkat berbuah. Ketika
menyembur, gunakan penyembur bertudung bagi mengelakkan tempias semburan dari
terkena tanaman. Penggunaan sungkupan plastik di permukaan batas juga dapat
menyekatkan pertumbuhan rumpai.
KEMATANGAN DAN
PENGUTIPAN HASIL
Penyemburan
racun perosak hendaklah diberhentikan sebelum mengutip hasil. Hasil boleh
dipungut lebih kurang 8-9 minggu selepas mengubah. Buahnya akan masak 30 hari
selepas berbunga dan tempoh pengeluaran hasil adalah 30-45 hari selepas
kutipan pertama. Buah boleh dipungut bila masih berwarna hijau tetapi telah
cukup matang. Pungutan buah yang masih hijau atau hijau kekuningan dibuat
untuk mengelakkan buah dari pecah.
(sumber: Agromedia Bil. 11,
2001)
PENUAIAN
Penuaian merupakan
operasi awal dalam pengendalian lepas tuai. Aspek penting bagi penuaian
adalah menentukan tahap kematangan yang sesuai dan cara penuaian. Tahap
kematangan ketika penuaian mempengaruhi mutu selepas tiai dan ketahanan semasa
penyimpanan. Citarasa sesuatu jenis sayur berbeza sekiranya hasil dikutip
terlalu muda atau terlalu tua.
Masa penuaian yang
sesuai bagi sayuran bergantung pada iklim, musim penanaman tertentu, varieti dan
jenis sayur. Menentukan tahap sesuatu jenis sayur itu telah mencapai
puncak mutu terbaik, bukanlah satu perkara yagn mudah dilakukan. Jangka
masa kematangan yang tertera pada label yang terdapat pada paket atau katalog
biji benih boleh digunakan sebagai panduan sahaja. Indeks penuaian bagi
kebanyakan sayur buah dan sayur daun adalah berdasarkan saiz dan warna.
Sayur buah pada peringkat muda seperti timun dan bendi, misalnya, boleh dipetik
pada beberapa saiz mengikut keperluan pasaran.
Manakala kebanyakan sayur buah yang diperlukan pada peringkat matang seperti tomato dan cili, penuaian mungkin bergantung pada perubahan warna sayuran tersebut. Bagi sayur daun pula, saiz biasanya digunakan sebagai kriteria utama bagi indeks penuaian. Manakala sayuran seperti kubis, kepadatannya boleh digunakan sebagai asas penuaian. Umumnya, peringkat kematangan yang sesuai untuk penuaian berbeza mengikut jenis sayur dan cara pemasarannya.
Manakala kebanyakan sayur buah yang diperlukan pada peringkat matang seperti tomato dan cili, penuaian mungkin bergantung pada perubahan warna sayuran tersebut. Bagi sayur daun pula, saiz biasanya digunakan sebagai kriteria utama bagi indeks penuaian. Manakala sayuran seperti kubis, kepadatannya boleh digunakan sebagai asas penuaian. Umumnya, peringkat kematangan yang sesuai untuk penuaian berbeza mengikut jenis sayur dan cara pemasarannya.
PENGENDALIAN
DI LADANG
Pengendalian di
ladang perlu dilakukan dengan cermat bagi mengelakkan kecederaan mekanikal yang
boleh memberi kesan lebam, calar atau pecah. Pengendalian awal yang
dilakukan di ladang dapat mengurangkan kadar kerosakan sayuran pada peringkat
pengendalian yang berikutnya. Disamping itu, operasi penyediaan di rumah
pembungkusan dapat dikurangkan sekiranya penyediaan awal telah dilakukan di
ladang.
MEMETIK SAYURAN
Kebanyakan sayur
dipetik menggunakan tangan sahaja atau menggunakan pisau yang tajam. Pisau
yang digunakan mestilah sentiasa tajam dan bersih untuk mengelakkan penyebaran
virus dari satu pokok ke pokok yang lain. Teknik penuaian berbeza
bergantung pada bahagian tanaman yang dipetik. Bagi sayur jenis crucifer
(kubis, kailan, kubis bunga dan brokoli), batang utamanya dipotong dengan pisau
tajam dan pembersihan boleh dibuat di ladang. Manakala sesetengah sayur
daun yang lain (bayam, kangkung) biasanya dicabut dengan tangan.
Perlulah dipastikan supaya bahagian tangkai yang dipotong tidak menyentuh permukaan tanah. Sayur buah yang mempunyai tangkai yang ada lapisan pemisah (kacang panjang, buncis, cili) boleh dipetik dengan cara memutuskan tangkai dengan mudah menggunakan tangan. Sebaliknya sayur buah yang mempunyai tangkai yang liat, memetik menggunakan tangan boleh merosakkan sama ada tangkai atau buah (bendi, terung, timun, labu). Sayur jenis ini boleh dipetik dengan cara memotong tangkai menggunakan gunting (secateurs) atau pisau.
Perlulah dipastikan supaya bahagian tangkai yang dipotong tidak menyentuh permukaan tanah. Sayur buah yang mempunyai tangkai yang ada lapisan pemisah (kacang panjang, buncis, cili) boleh dipetik dengan cara memutuskan tangkai dengan mudah menggunakan tangan. Sebaliknya sayur buah yang mempunyai tangkai yang liat, memetik menggunakan tangan boleh merosakkan sama ada tangkai atau buah (bendi, terung, timun, labu). Sayur jenis ini boleh dipetik dengan cara memotong tangkai menggunakan gunting (secateurs) atau pisau.
Masa yang sesuai
untuk menjalankan operasi penuaian perlu juga difikirkan. Penuaian perlu
dilakukan pada waktu yang paling sejuk, sama ada pada awal pagi atau lewat
petang. Sayuran untuk pasaran tempatan boleh dipetik pada waktu pagi.
Untuk pasaran yang jauh, penuaian lebih baik dilakukan pada waktu petang
sekiranya pengangkutan yang sesuai dapat diatur untuk mengangkut sayuran ke
pasaran pada waktu malam atau awal pagi keesokan harinya.
Bekas pengisi sayuran yang digunakan semasa penuaian mestilah mempunyai saiz yang sesuai dan boleh dibawa oleh pekerja ke seluruh ladang. Bekas tersebut mestilah mempunyai dinding yang tidak tajam untuk mengelakkan kerosakan pada sayur. Penggunaan bekas yang kotor atau tercemar oleh tanah, sisa tumbuhan dan sisa yang reput perlulah dielakkan.
Bekas pengisi sayuran yang digunakan semasa penuaian mestilah mempunyai saiz yang sesuai dan boleh dibawa oleh pekerja ke seluruh ladang. Bekas tersebut mestilah mempunyai dinding yang tidak tajam untuk mengelakkan kerosakan pada sayur. Penggunaan bekas yang kotor atau tercemar oleh tanah, sisa tumbuhan dan sisa yang reput perlulah dielakkan.
Sayuran yang telah
dipetik mestilah dikumpulkan di tempat yang redup sekiranya pengangkutan segera
tidak dapat dilakukan. Sayuran yang terdedah pada panas matahari akan
mengalami peningkatan suhu yang menyebabkan sayur mudah rosak dan layu.
Merenjis dengan air mungkin perlu supaya sayur tidak layu. Sayuran yang
telah dipetik juga mesti dielakkan daripada tercemar degan tidak meletakkannya
secara terus di tanah terutamanya tanah basah.
Peringkat penuaian
yang sesuai mengikut kiraan masa selepas ditanam bagi sayuran terpilih
Sayur Daun |
Selepas Ditanam
|
Sayur Buah |
Selepas Ditanam
|
Kekacang dan Ubi |
Selepas Ditanam
|
Bayam
Brokoli Kailan Kangkung Kubis bulat Kubis bunga Kubis cina Sawi |
4 minggu
8 minggu 6 minggu 3 minggu 8-8 minggu 8 minggu 8 minggu 4 minggu |
Bendi
Capsicum Cili Terung Timun Tomato |
8 minggu
10 minggu 10 minggu 14 minggu 4 minggu 6-9 minggu |
Jagung sayur Kacang buncis Kacang manis Kacang panjang Keledek Sengkuang |
7 minggu
5 minggu 5 minggu 5 minggu 3-5 minggu 3-5 minggu |
PEMBUNGKUSAN DI LADANG
Penggunaan bahan
pembungkus yang sesuai serta tahan lasak semasa di ladang amat penting untuk
mengurangkan kerosakan semasa pengendalian dan pengangkutan. Kaedah
pembungkusan yang baik dapat mengurangkan kehilangan air daripada sayuran dan
kerosakan mekanikal yang boleh mempengaruhi mutu sayuran pada peringkat
penggunaan. Memasukkan hasil yang dituai terus ke dalam bungkusan yang
tersedia untuk dipasarkan adalah digalakkan bagi mengurangkan kerosakan
disebabkan oleh pengendalian berganda.
PENGANGKUTAN DI LADANG
Mengangkut sayuran
keluar dari ladang ke rumah pembungkusan perlu dilakukan dengan cepat untuk
mengelakkan sayuran daripada terdedah terlalu lama pada persekitaran yang
kadangkalanya terlalu panas atau terlalu lembap. Jenis kenderaan yang
digunakan perlu disesuaikan dengan jarak pasaran dan jumlah sayuran yang
dikendalikan.
Lori kecil atau trailer yang disambungkan ke traktor boleh digunakan untuk mengangkut sayuran yang dipetik ke tempat pengumpulan atau rumah pembungkusan. Jalan ladang perlulah dalam keadaan baik sebab kerosakan terhadap sayuran mudah berlaku jika diangkut melalui jalan yang tidak rata lebih lebih lagi jika menggunakan kenderaan yang tidak sesuai.
Bekas yang berisi sayur mestilah dipunggah ke dalam kenderaan dengan cermat dan disusun dengan sebaik mungkin supaya tidak mudah terbalik atau terlalu memberi beban kepada bekas di lapisan bawah, yang boleh menyebabkan kecederaan.
Lori kecil atau trailer yang disambungkan ke traktor boleh digunakan untuk mengangkut sayuran yang dipetik ke tempat pengumpulan atau rumah pembungkusan. Jalan ladang perlulah dalam keadaan baik sebab kerosakan terhadap sayuran mudah berlaku jika diangkut melalui jalan yang tidak rata lebih lebih lagi jika menggunakan kenderaan yang tidak sesuai.
Bekas yang berisi sayur mestilah dipunggah ke dalam kenderaan dengan cermat dan disusun dengan sebaik mungkin supaya tidak mudah terbalik atau terlalu memberi beban kepada bekas di lapisan bawah, yang boleh menyebabkan kecederaan.
OPERASI RUMAH
PEMBUNGKUSAN
Rumah
pembungkusan
merupakan kawasan teduhan untuk melakukan operasi penyediaan bagi
menyediakan
sayuran untuk pasaran. Rumah pembungkusan boleh merupakan bangsal yang
mempunyai peralatan yang terhad atau kompleks yang dilengkapi dengan
berbagai-bagai jenis peralatan moden.
Operasi penyediaan yang dijalankan meliputi pemilihan, pemotongan, pembasuhan, pengeringan, penggredan, penyimpanan dan pembungkusan. Kesesuaian sesuatu operasi penyediaan berbeza mengikut jenis sayur dan jenis pasaran.
Operasi penyediaan yang dijalankan meliputi pemilihan, pemotongan, pembasuhan, pengeringan, penggredan, penyimpanan dan pembungkusan. Kesesuaian sesuatu operasi penyediaan berbeza mengikut jenis sayur dan jenis pasaran.
Operasi penyediaan
sayur-sayuran untuk pasaran
Sayur daun
|
Pemilihan | Pembersihan | Pembasuhan |
Rawatan Air Panas |
Pengeringan | Perawatan | Pemasakan | Penyahijauan | Penggredan | Pembungkusan |
Bayam Brokoli Kubis bunga Kailan Kangkung Kubis bulat Kubis cina Sawi |
√ √ √ √ √ √ √ √ |
√ √ √ √ √ √ √ √ |
√ √ √ √ |
√ √ √ √ |
√ √ √ √ √ √ √ √ |
√ √ √ √ √ √ √ √ |
||||
Sayur buah
|
||||||||||
Bendi Capsicum Cili Terung Tomato |
√ √ √ √ √ |
√ √ √ √ √ |
√ √ √ √ |
√ |
√ √ √ √ |
√ |
√ |
√ √ √ √ √ |
√ √ √ √ √ |
|
Kekacang
|
||||||||||
Jagung
sayur Kacang buncis Kacang manis Kacang panjang |
√ √ √ √ |
√ √ √ √ |
√ √ √ √ |
|||||||
Ubi
|
||||||||||
Keledek Lobak medrah Sengkuang |
√ √ √ |
√ √ √ |
√ √ √ |
√ √ √ |
√ √ √ |
√ √ √ |
√ √ √ |
PEMPROSESAN MINIMUM SAYURAN
Aspek pemprosesan
minimum merupakan satu aktiviti lepas tuai yang mula mendapat tempat di pasaran
sekarang. Sayuran yang diproses secara minimum merupakan sayuran yang telah
dilakukan pembersihan, dibuang kulit atau dipotong dan dibungkus.
Operasi yang dilakukan bergantung pada jenis sayur. Sayur yang diproses secara minimum ini sedia untuk terus dimasak atau dimakan. Melalui kaedah yang sesuai, sayuran yang boleh diproses secara minimum dapat dikekalkan kesegarannya untuk tempoh simpanan tertentu. Antara kelebihan yang diperolehi daripada hasil pemprosesan minimum ini ialah pengguna mudah membuat pilihan pada hasil yang dibeli dalam masa yang singkat.
Bahagian-bahagian yang hendak dimakan atau digunakan jelas kelihatan. Selain itu pengguna juga dapat menjimatkan masa pengendalian sayuran itu sendiri, terutama bagi sayuran yang telah tersedia dipotong (bergantung pada jenis sayur). Pembelian bersesuaian dengan menu yang dirancang.
Operasi yang dilakukan bergantung pada jenis sayur. Sayur yang diproses secara minimum ini sedia untuk terus dimasak atau dimakan. Melalui kaedah yang sesuai, sayuran yang boleh diproses secara minimum dapat dikekalkan kesegarannya untuk tempoh simpanan tertentu. Antara kelebihan yang diperolehi daripada hasil pemprosesan minimum ini ialah pengguna mudah membuat pilihan pada hasil yang dibeli dalam masa yang singkat.
Bahagian-bahagian yang hendak dimakan atau digunakan jelas kelihatan. Selain itu pengguna juga dapat menjimatkan masa pengendalian sayuran itu sendiri, terutama bagi sayuran yang telah tersedia dipotong (bergantung pada jenis sayur). Pembelian bersesuaian dengan menu yang dirancang.
Suhu, kelembapan dan tempoh simpanan
yang sesuai bagi sayur terpilih
yang sesuai bagi sayur terpilih
Jenis
|
Suhu (oC) | Kelembapan relatif (%) | Tempoh |
Bayam Cili Kacang bendi Kacang panjang Kailan Kangkung Kubis bulat Kubis bunga Kubis cina Labu Lobak merah Saderi Sawi Terung Timun Tomato hijau Tomato masak Ubi keledek Ubi sangkuang |
5
5 7-10 4-7 5 5 1-2 0 0 10-13 0 0 5 8-12 10-13 13-21 8-10 13-16 0 |
90-95 90-95 95 95 90-95 90-95 90-95 95-98 95-100 90-95 98-100 98-100 90-95 90-95 95 90-95 90-95 85-90 95 |
1-1.5 minggu 8 minggu 3-4 hari 7-10 hari 1-1.5 minggu 1-1.5 minggu 6-12 minggu 3-4 minggu 2-3 bulan 5-10 bulan 4-6 minggu 2-3 bulan 1-1.5 minggu 1 minggu 10-14 hari 1-3 minggu 4-7 hari 4-7 bulan 4-5 bulan |
Suhu, kelembapan dan tempoh simpanan yang
diproses secara minimum
Jenis
|
Suhu (oC) | Kelembapan relatif (%) | Tempoh |
Bawang cili Daun bawang Daun salad Daun saderi Kacang Panjang Kubis Timun |
2
2 2 2 2 2 2 2 |
85-90 85-90 85-90 85-90 85-90 85-90 85-90 85-90 |
3 3 2 2 2 2 2 3 |
Spesifikasi
piawaian dan gred ini adalah untuk buah tomato (Lycopersicum esculantum) yang
akan dipasarkan di pasaran domestik yang merangkumi kedua-dua jenis tomato
tanah rendah dan tomato tanah tinggi tempatan.
- Indeks 1 - Tidak Matang
Tomato berkenaan dipasarkan sebagai tomato hijau. Buah tidak matang. Warna hijau muda keseluruhan tetapi permukaan buah pudar. Tidak sesuai untuk pasaran.
- Indeks 2 - Cukup Matang
Sudah mencapai tahap kematangan yang sewajarnya dan sesuai untuk dipasarkan sebagai tomato merah. Buah matang. Warna hijau muda keseluruhan dan permukaan buah berkilat.
- Indeks 3 - Cukup Matang
Buah yang mempunyai sedikit calitan warna merah atau kuning (colour breaking) hingga separuh masak.
- Indeks 4 - Cukup Matang
Buah telah mencapai tiga per empat (3/4) masak. Permukaan buah mempunyai sedikit warna hijau dan warna merah atau jingga melebihi tiga per empat (3/4) daripada permukaan buah.
- Indeks 5 - Cukup Matang
Buah masak sepenuhnya. Buah berwarna merah atau jingga sepenuhnya tetap tekstur masih pejal dan permukaan licin
- Indeks 6 - Terlalu Matang
Buah terlalu masak dengan tekstur yang lembut. Tidak digalakkan untuk dipasarkan.
PENGELASAN GRED DAN SAIZ
(Dari varieti yang sama)
Gred | Ketentuan | Kelonggaran (Maksimum) |
1 |
(DARI VARIETI TANAH TINGGI) Tahap kematangan yang seragam dan yang sesuai untuk pasaran. Segar. Kerosakan. Kecacatan (cacat rupa, cacat bentuk, kotor) Saiz yang seragam (garis pusat > 40 mm) |
5% 5% 5% 10% 5% |
2 | (DARI VARIETI TANAH RENDAH) Tahap kematangan yang seragam dan yang sesuai untuk pasaran. Segar. Kerosakan. Kecacatan (cacat rupa, cacat bentuk, kotor) Saiz yang seragam (garis pusat 35-40 mm) |
5% 5% 10% 15% 10% |
Luar Gred | Buah yang tidak memenuhi ciri-ciri gred di atas. |
Gred | Ketentuan | Kelonggaran (Maksimum) |
1 |
Tahap kematangan yang seragam dan yang sesuai untuk pasaran. Segar. Kerosakan. Kecacatan (cacat rupa, cacat bentuk, kotor) Saiz yang seragam (garis pusat > 50 mm) |
5% 5% 5% 10% 5% |
2 |
Tahap kematangan yang seragam dan yang sesuai untuk pasaran. Segar. Kerosakan. Kecacatan (cacat rupa, cacat bentuk, kotor) Saiz yang seragam (garis pusat > 50 mm) |
5% 5% 10% 15% 10% |
Luar Gred | Buah yang tidak mempunyai ciri-ciri gred di atas. |
PEMBUNGKUSAN DAN PERLABELAN
Pembungkusan
Tomato daripada gred yang sama hendaklah dibungkus menggunakan bekas yang sesuai supaya dapat memberi perlindungan yang optimum daripada kerosakan semasa pengendalian dan pengangkutan. Kertas atau bahan lain yang digunakan untuk membalut atau mengalas hendaklah bersih dan tidak akan menyebabkan kerosakan semasa pengendalian dan pengangkutan. Berat bersih yang dibenarkan bagi satu unit pembungkusan ialah tidak melebihi 30 kg.
Perlabelan
Tiap-tiap unit pembungkusan hendaklah dilabel yang mengandungi maklumat berikut:-
- Tarikh,
- nama/kod penanaman,
- nama/kod pengeksport,
- nombor kad pengenalan,
- nombor pendaftaran syarikat,
- alamat,
- komoditi,
- berat bersih
- gred.
No comments:
Post a Comment